Maksud rotan

rotan dalam bahasa Inggeris: rattan

Maksud perkataan ini:

[ro.tan] | روتن

Definisi : 1. sj tumbuhan (palma yg memanjat dan digunakan utk kerusi, tikar, raga, dll): kerusi ~; simpai ~; gelang ~ lingkaran yg di­­­­buat drpd rotan utk permainan anak sekolah; 2. sebat (pukulan) dgn rotan sbg hukuman: hukumannya ialah setahun penjara dan disebat enam ~; ~ air = ~ bakau = ~ batu = ~ tawar sj rotan, Calamus aquatilis; ~ air = ~ cernang (jernang) = ~ cicih landak sj rotan, Daemonorhops hygrophilus; ~ batu = ~ seni sj rotan, Calamus insignis; ~ beras = ~ ledas = ~ putih = ~ sinduk = ~ sini sj rotan, Calamus javensis; ~ bini = ~ dini = ~ tikus sj rotan, Flagellaria indica; ~ kerai hitam, sj rotan, Calamus diepenhorstii; ~ bukit = ~ kolam sj rotan, Calamus diepenhorstii; ~ bulan = ~ gajah = ~ kertung = ~ raja sj rotan, Plectocomiposis scortechinii; ~ cici = ~ cicit = ~ pahit sj rotan, Calamus densiflorus; ~ cincang = ~ raja = ~ semambu sj rotan, Calamus scipionum; ~ cincin = ~ duduk = ~ gelang = ~ jelutung = ~ kemunting = ~ kerai = ~ perupuh = ~ segera = ~ tunggal sj rotan, Daemonorhops geniculatus; ~ cincin = ~ kertung = ~ semang sj rotan, Dae-monorhops grandis; ~ cucur = ~ atap cucur sj rotan, Calamus castaneus; ~ dahan sj rotan, Korthalsia wallichiifolia; ~ dalam buku = ~ manau sj rotan, Calamus conioastris; ~ gunung = ~ paku sj rotan, Calamus exilis; ~ kembung = ~ macad = ~ macap = ~ manau keleceki = ~ manau kelesek = ~ manuh = ~ mantang = ~ sega badak sj rotan, Calamus ornatus; ~ kerai = ~ perut ayam sj rotan, Calamus luridus; ~ kikir sj rotan Calamus radulosus (scab­ridulus): ~ kipas sj rotan, Calamus lobbianus; ~ manana sj rotan, Calamus lobbianus; ~ manau = ~ manau telur sj rotan, Calamus manan; ~ perut ayam = ~ senik = ~ telur sj rotan, Ceratolabus laevigatus; ~ relang sj rotan, Plectocomiopsis geminisflorus; ~ sega perak sj rotan, Calamus caesuis; ~ semiang sj rotan, Calamus curtissi; ~ semut sj rotan, Korthalsia scahigera; ~ udang sj rotan, Korthalsia echinometra; ada ~ ada duri prb ada kesenangan tentu ada kesusahannya; bagai ~, asal berinsang di­cucuk sahaja prb perihal orang yg tidak me-milih pekerjaannya (perbuatannya); kerat ~ patah arang prb putus pertalian (per­hu­bungan) yg tidak dapat disambung (di­damai­kan) lagi; tiada ~ akar pun berguna (jadi) prb kalau tidak ada yg baik sekali, yg kurang baik pun berguna juga; merotan 1. = berotan mencari (mengambil) rotan: jikalau ada sekiranya orang sesat berdamar atau sesat berotan pun, tiadalah ayahanda hendak membinasakan; 2. me­mukul atau menyebat dgn rotan (sbg satu hukuman): ibunya pun mengugut hendak ~; perotan orang yg bekerja mencari rotan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *