Maksud runding

0 66

runding dalam bahasa Inggeris: consultation

Maksud perkataan ini:

[run.ding] | رونديڠ

Definisi : 1. sl perhitungan, perkiraan, per­timbangan; 2. pembicaraan (perkiraan) yg sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal; hamba tidak berbanyak ~ tidak banyak bicara; ~ cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya; merentang ~ memanjang-manjangkan percakapan (per­bualan, pembicaraan); pakar ~ pakar pe­runding; ~ banyak nan ka disebut prb jika banyak berembuk akan dicapai keputusan; berunding 1. bercakap-cakap (tentang se­suatu hal) dgn sungguh-sungguh, berbicara, berembuk: Tuanku berharap Filipina akan mengubah sikapnya dan bersetuju utk ~ di Bangkok; 2. bercakap-cakap (tentang se­suatu), berkira-kira: letakkanlah bakul itu dahulu, marilah kita ~ sedikit; inda ~ Br tidak berkira, bertolak ansur; merunding sl menghitung, mem­per­hitung­kan; runding-merunding hitung-menghitung, tim­­­bang-menimbang; merundingkan 1. memperhitungkan, mem­­perkirakan: mereka adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia memakai wang adiknya itu; 2. memper­katakan (membicarakan) sesuatu utk mem­peroleh persetujuan penuh, membicarakan: barang sesuatu yg akan diperbuatnya dirundingkannya lebih dahulu dgn isterinya; rundingan 1. perbincangan antara dua atau banyak utk menyelesaikan masalah (per­telingkahan, persengketaan, dsb atau men­capai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian; persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan meng­hasilkan persesuaian; 2. butir-butir pem­bicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan: segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~ damai pembicaraan utk mencari perdamaian; perundingan perbuatan berunding, pem­bicaraan, permesyuaratan, perembukan: ia telah memajukan tuntutannya dlm ~ itu; perunding 1. orang yg berunding (utk men­capai sesuatu persetujuan): seorang diplomat dan ~ yg ulung; 2. orang (syarikat dsb) yg dirujuk utk mendapatkan nasihat kepakaran (tunjuk ajar dsb); pakar ~ orang (syarikat dsb) yg mempunyai pengetahuan kepakaran yg tertentu dan berlaku sbg perunding. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

---

Biar Makna.online wujud tanpa iklan

Tolong Makna wujud tanpa sebarang iklan. Jika setiap pelawat Makna menderma RM1, laman web ini boleh hidup tanpa sebarang iklan. Klik sini untuk baca butirannya.

---

Leave A Reply

Your email address will not be published.