Maksud salur

salur dalam bahasa Inggeris: duct

Maksud perkataan ini:

[sa.lur] | سالور

Definisi : , = saluran 1 sesuatu (spt paip) yg digunakan utk mengalirkan benda-benda cair; pembuluh. 2 jalan atau cara melakukan sesuatu yg betul atau mengikut peraturan: Sebarang aduan hendaklah disampaikan menerusi ~-~ tertentu. ~ angin salur tempat angin (udara) lalu ke paru-paru. ~ darah pembuluh yg mengalirkan darah di dlm badan. ~ limfa ist salur (spt salur darah) berdinding nipis dan mempunyai banyak injap, yg berfungsi membawa limfa ke dlm sistem peredaran darah tubuh badan. ~ makanan pembuluh (dr pangkal halkum hingga ke perut) yg menjadi laluan makanan ke perut dan juga menjadi tempat penyerapan sebahagian drpd makanan itu. ~ nadi pembuluh yg mengalirkan darah dr jantung ke bahagian lain dlm badan. menyalurkan 1 mengalirkan benda-benda cair melalui alat-alat tertentu: Mereka ~ minyak tanah itu ke pelabuhan dgn paip. 2 membawa atau menyampaikan sesuatu mengikut cara yg betul: Kita hendaklah ~ sebarang tuntutan melalui Kesatuan Sekerja. sa­luran 1 salur. 2 jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu ran­cangan. penyaluran perbuatan atau hal menyalurkan: ~ maklumat. sesalur sesuatu yg menyerupai salur atau yg berfungsi sbg salur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *