Maksud saudara

Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:

saudara dalam bahasa Inggeris: brother

Maksud perkataan ini:

[sau.da.ra] | ساودارا

Definisi : 1. orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat (sekutu, segolongan, dll): ~ sekampung; 4. kawan, sahabat, teman: ~ sepermainan; 5. bh kata ganti diri kedua (spt awak, kamu, anda) yg digunakan ter-utamanya pd lelaki: ~, boleh saya tumpang bertanya? 6. tembuni, uri (yg keluar meng-iringi bayi yg lahir); 7. ki sesuatu yg hampir sama (keadaan, sifat, dll): menipu itu ~ mencuri; ~ angkat orang lain yg dipelihara oleh ibu bapa seseorang atau yg diakui sbg saudara sendiri; ~ anjing saudara seibu tetapi berlainan bapa; ~ baru (panggilan yg ditujukan kpd) orang yg baru memeluk agama Islam; ~ bau bacang (embacang) saudara yg telah jauh pertaliannya; ~ belahan saudara yg sama nenek moyangnya; ~ daging semua kaum keluarga jauh dan dekat; ~ dekat = ~ rapat saudara yg masih dekat; ~ dua pupu saudara yg datuk atau neneknya adik-beradik; ~ jauh = ~ renggang saudara yg telah jauh; ~ kandung (sekandung) saudara sendiri, saudara seibu sebapa; ~ kembar adik-beradik yg dilahirkan sbg anak kembar; ~-mara semua kaum keluarga (jauh dan dekat); ~ pungut saudara angkat; ~ pupu saudara yg masih dekat; ~ sejalan sejadi saudara yg sama ibu bapanya, saudara kandung; ~ seperjuangan teman yg sama-sama berjuang (berusaha, berjerih payah) utk sesuatu; ~ sepupu saudara yg datuk atau neneknya sama; ~ susu = ~ susuan = ~ setetek saudara yg bukan saudara sendiri tetapi menyusu pd perempuan yg sama; ~ tiri a) anak ibu atau bapa tiri; b) Id saudara drpd bapa (ibu) yg sama tetapi ibu (bapa) yg berlainan; bersaudara 1. mempunyai saudara: aku tidak ~ dan tidak berkeluarga; 2. adik-beradik: maka datang pula raja beruk empat ~; 3. ki mempunyai sifat (keadaan dll) yg hampir serupa: bakteria ialah sejenis tumbuhan yg ~ rapat dgn kulat; badan ~, emas takkan ~, kasih saudara sama ada prb bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan tetapi dgn mudah juga dapat diceraikan kerana orang lebih mengutamakan harta benda; saudara-bersaudara sl sesama saudara, adik-beradik: apa kerja kita berkelahi ~? bersaudarakan mempunyai (seseorang) sbg saudara: dia lebih rela ~ orang miskin drpd saudara-saudaranya yg hidup mewah dan angkuh itu; mempersaudarakan menjadikan (spt) ber-saudara: anakanda ini ayahanda persaudara-kan dgn anak ayahanda sekalian ini; persaudaraan perihal bersaudara, perhu-bungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Cara senang nak anak cepat belar membaca? Boleh tengok kelas membaca Minda Optima. Laju anak baca BM dan BI. Ada secara online dan secara fizikal.

Leave a Comment