Maksud sedekah

sedekah dalam bahasa Inggeris: charity

Maksud perkataan ini:

[se.de.kah] | صدقه

Definisi : 1. pemberian kpd fakir miskin dll (dgn ikhlas): orang memberi ~ kpd fakir bukan utk mendapat pahala; teringat saya akan duit ~ tahlil arwah ayah; 2. kenduri (minta selamat dll): tujuh malam kami membaca Kulhuwallah di madrasah sbg ~ kami kpd roh Ungku Sahrin; 3. jamuan (makanan, bunga-bungaan, dll) utk orang halus (penunggu, hantu, dll); ~ arwah kenduri utk memperingati arwah; ~ bumi kenduri (tanda bersyukur) sesudah menuai; ~ kubur a) kenduri selepas menge-bumikan mayat; b) sedekah yg di­berikan kpd orang-orang yg ada di kubur (pembaca talkin, penggali kubur, dll); bersedekah 1. memberi sedekah (hadiah, derma): ~ ialah satu drpd amal kebajikan; 2. berkenduri serta berdoa (moga-moga selamat, sentosa, dll): orang akan berdoa, ~ sedikit, akan melepaskan ia berjalan ke perantauan; menyedekahi 1. memberi sedekah kpd: aku tidak sudi ~ orang pemalas; 2. mengadakan kenduri utk: ia ~ arwah anaknya; menyedekahkan memberikan sesuatu utk sedekah, mendermakan: maka sekalian harta itu disedekahkan kpd segala fakir dan miskin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment