Maksud sejuk

sejuk dalam bahasa Inggeris: cool

Maksud perkataan ini:

[se.ju/] | سجوق

Definisi : 1 tidak panas atau tidak hangat; rendah suhunya; dingin: Dia berasa lega selepas minum air ~ segelas. 2 ki tidak panas hati; tenang dan tenteram fikirannya dll; senang; lega: ~ hatinya mendengar nasihat ayahnya itu. menyejukkan 1 menjadikan sejuk; mendinginkan: Baik kita duduk-duduk ~ badan di luar. 2 ki meredakan atau menghilangkan kemarahan dll; menenangkan fikiran dll: Dia pandai ~ hati orang. kesejukan 1 keadaan atau hal sejuk. 2 menderita sejuk; kena sejuk: Dia menggigil ~. penyejukan perbuatan atau hal menyejukkan; perbuatan menjadikan sejuk. penyejuk sesuatu yg menyejukkan (mis kipas): mesin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *