Maksud sekat

sekat dalam bahasa Inggeris: block

Maksud perkataan ini:

[se.kat] | سکت

Definisi : 1. sesuatu (dinding, tabir, dll) yg mem-bahagi-bahagikan ruangan: di antara kedua-dua tempat tidur mereka dipasang ~; ~ hidung bahagian antara kedua-dua lubang hidung; 2. = sekatan halangan, galangan, rintangan; bersekat 1. mempunyai (memakai) sekat: rumah itu tidak berbilik, hanya ~ di antara bahagian dapur dgn bahagian depan; 2. ada had atau batasnya (kuasa dll); bersekat-sekat mempunyai banyak sekat, terbahagi-bahagi oleh sekat (ruang bilik dll); menyekat 1. = menyekati memisahkan (membahagi-bahagikan) dgn sekat, memberi bersekat: ruang yg besar itu disekat menjadi beberapa bilik kecil; 2. = menyekati menahan supaya tidak merebak atau me­limpah (penyakit, air, dll), membatasi, mem­bendung, menghalang: jika lekas diubati, penyakit itu akan dapat disekat drpd me­larat; pasukan keselamatan akan dapat ~ gerila-gerila itu drpd bermaha-rajalela; 3. membatasi (menye­kap, mengasing-kan) diri; tersekat kena sekat, disekati, terhalang: pan-dangannya ~ oleh daun-daun pisang yg menghijau; tersekat-sekat terputus-putus (suara dll), tersangkut-sangkut: suaranya itu ~ sedikit keluarnya; sekatan 1. benda (dinding dll) yg mem­bahagi-kan sesuatu, sekat; 2. rintangan, galangan: ~-~ ekonomi dan perdagangan hen­­daklah dibatal-kan dgn segera; 3. ruang (bilik dll) yg telah dibahagi-bahagikan oleh sekat; penyekatan perbuatan menyekat; penyekat 1. sesuatu yg digunakan utk me-nyekat, tabir, tebeng: ~ kekisi; 2. sesuatu yg menyekat (menggalang, menghalang, merin­­tangi, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *