Maksud sembur

sembur dalam bahasa Inggeris: spray

Maksud perkataan ini:

[sem.bur] | سمبور

Definisi : 1. sesuatu (kunyahan sirih dll) yg dipancutkan dr mulut (utk mengubat penyakit dll); ~ jampi (mantera) cara mengubat penyakit dgn jampi dan sembur; 2. ki kata-kata yg kasar (dikeluarkan kerana marah dll), makian, hamun: kelasi yg kena ~ ini kembali mem-bersihkan geladak spt biasa; spt polong kena ~ prb berlari lekas-lekas kerana ketakutan; bersembur-sembur keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), berpancaran: dr belakang lehernya darah ~ keluar; bersembur-semburan saling memancarkan (air dll): mandi ~ di sungai; menyembur 1. keluar dgn memancut, me-mancar: sungai yg arusnya kuat, airnya merecik dan ~ menyebabkan udara di sekitarnya begitu nyaman; 2. = menyemburi mengubati (penyakit) dgn jampi dan sembur: ibu hanya disembur dgn air sirih dan jampi mantera; 3. = menyemburi memancarkan sesuatu (cat, air dll) pd: ~ dinding dgn cat berwarna biru; 4. ki mengeluarkan kata-kata dgn kasar, menghamun, memaki: drpd mulut-nya ~ entah beberapa ratus perkataan yg tidak dapat difahami; sembur-menyembur saling menyembur, ber-sembur-semburan; menyemburkan 1. memancarkan atau me-mancutkan sesuatu (kunyahan sirih, air, dll) drpd mulut: sambil itu ia ~ sepah-sepah sirih itu ke sekelilingnya; 2. memancarkan sesuatu kpd (dgn penyembur): Jamilah sedang ~ minyak wangi ke badan dan tengkuknya; tersembur 1. terpercik (terpancar) keluar: seorang berdua berdekah gelak hingga ~ biji nasi yg masih belum terkunyah; 2. kena sembur, disembur; 3. terkeluar atau terbit dgn tiba-tiba (kata-kata dll): belum sempat Asrul melangkah keluar, tengking Puan Hayati ~ keluar; ~ gelak Mn tiba-tiba ketawa; semburan 1. sesuatu yg terpancar (ter­pancut) keluar, pancaran: ~ halus minyak bahan api itu terbakar dgn serta-merta; 2. ki makian, marah: dgn ~ kata-kata itu, bapa berubah dr gelegar buluh ke kepala bendul; bersemburan keluar memancut atau memercik (darah, air, dll), bersembur-sembur: darah ~ keluar dr rusuknya; penyemburan perbuatan menyembur(kan); penyembur 1. sesuatu (ubat-ubatan dll) yg di-semburkan; 2. alat utk menyemburkan sesuatu: ~ cat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *