Maksud sesal

sesal dalam bahasa Inggeris: REMEMBER

Maksud perkataan ini:

[se.sal] | سسل

Definisi : perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah: apabila ia melihat perbuatannya yg kasar itu, ia berasa ~; ~ dahulu pendapatan, ~ kemudian tiada ber­guna prb sebelum mengerjakan atau me­lakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis­habis; bersesal = ~ hati = menyesal; bersesalan, bersesal-sesalan salah-me­nyalahkan; ~ bagai Batak lari prb tuduh­menuduh sesama sendiri; menyesal 1. berasa tidak senang kerana telah melakukan sesuatu kesalahan (kejahatan dll), insaf telah bersalah: kalau rugi jangan ~ nanti; 2. berasa kecewa (akan), berasa tidak senang (akan): ia tidak ~ atas perbuatannya; menyesali 1. berasa sesal terhadap: tidak baik ibu berkata demikian sbg ~ untung; 2. berasa tidak senang kpd, mempersalahkan: dia ~ jawatankuasa pengelola yg seakan­akan tidak tahu menjalankan tugasnya; sesal-menyesali bersesalan; menyesalkan 1. berasa sesal atau kecewa terhadap sesuatu, menyesali, menyalahkan: siapa yg hendak disalahkan, siapa yg harus disesalkan, manusia juga yg mengajar ma­nusia jadi begini; 2. menyebabkan jadi menyesal: perbuatan yg sangat ~ dirinya; sesalan 1. perasaan sesal, (sesuatu) yg di­sesalkan: jikalau datang sesuatu hal di jalan, mati hidup tiadalah kami ketahui, jangan menjadi ~; air mukanya membayangkan rasa ~nya; 2. penentangan, celaan: keris inilah kelak akan menebus ~ patik hari ini; kesesalan perihal sesal, kekesalan: utk mem­buktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah; penyesalan perihal menyesal(i). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Untuk wanita yang inginkan panties selesa... boleh tengok Eyma Wear hari ini. Super selesa. Free size. Sesuai untuk yang berat 40kg - 70kg. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment