Maksud setiausaha

setiausaha dalam bahasa Inggeris: secretary

Maksud perkataan ini:

[se.tia.u.sa.ha] | ستياءوسها

Definisi : 1. orang yg diambil bekerja utk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dsb) utk orang perseorangan atau utk sesebuah pertubuhan; 2. pegawai yg mengendalikan pentadbiran dll sesuatu kementerian (jabatan dsb), orang yg mengendalikan pentadbiran sesuatu pertubuhan dsb: Ketua S~ Kemen­terian Luar Negeri; ~ Persatuan Sejarah Malaysia; ~ akhbar setiausaha kpd menteri yg tugasnya menyediakan draf ucapan menteri dan se­terusnya mengurus penyiarannya dlm akhbar; ~ kehormat setiausaha yg menjalankan tu-gas atau berkhidmat secara sukarela (tidak di­beri gaji atau upah); ~ parlimen setiausaha kpd menteri dlm urusan yg bersangkutan dgn parlimen; ~ peribadi setiausaha yg mengurus hal-hal peribadi seseorang di samping tugas-­tugas rasminya; ~ politik setiausaha kpd men­teri dlm urusan yg bersangkutan dgn politik; ~ sulit setiausaha yg mengurus urusan peribadi atau urusan sulit dsb seseorang atau sesebuah pertubuhan, syarikat, dsb; ~ syarikat pegawai kanan syarikat korporat yg bertanggungjawab terhadap hal-hal perundangan, pengurusan dsb syarikat; kesetiausahaan (segala urusan) yg berkait­an dgn tugas atau profesion setiausaha: dia berjaya dipilih memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempunyai diploma ~; kerja-kerja ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *