Maksud simpul

simpul dalam bahasa Inggeris: knot

Maksud perkataan ini:

[sim.pul] | سيمڤول

Definisi : = simpulan ikatan pd tali (benang dll); tersenyum ~ tersenyum sedikit; ~ anjing berhimpit = ~ pengail ikatan utk menyambung dua tali yg licin; ~ belit ikatan utk mengikatkan tali pd batang; ~ buku sila simpul utk mengikat bungkusan; ~ bunga geti simpul utk menghubungkan dua tali; ~ hidup sj simpul yg mudah diurai; ~ kerusi simpul utk menurunkan orang dr tempat yg tinggi; ~ manuk simpul utk mengikatkan tali pd balak; ~ mati ikatan yg susah diurai; ~ pulih simpul utk memendekkan tali (mudah diurai); ~ sentak sj simpul yg mudah diurai (dgn menyentak); ~ tindih kasih simpul utk membuat tanjul; menyimpul 1. mengikat (hingga menjadi simpul): ~ tali kasut; 2. merupakan simpul; senyum ~ di bibir tersenyum; 3. ki memberi pendapat secara ringkas (dr apa yg telah di­bicarakan), menggulung: ketika ~ pendapat­nya ia menegaskan bahawa masa depan Islam tidak banyak berbeza drpd keadaan­nya sekarang; menyimpulkan 1. mengikatkan sesuatu sehingga menjadi simpul (supaya tidak terurai), menyimpul; 2. membentangkan (pendapat dsb) (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *