Maksud sinar

sinar dalam bahasa Inggeris: light

Maksud perkataan ini:

[si.nar] | سينر

Definisi : , = sinaran pancaran cahaya atau pancaran sesuatu yg berkilau: ~ matahari. ~ alfa ist sinar bercas positif, yg mempunyai kuasa tembus yg rendah. ~ beta ist sinar bercas negatif, yg mempunyai kuasa tembus yg sederhana. ~ gama ist sinar yg mempunyai kuasa tembus yg paling tinggi berbanding sinar alfa dan sinar beta. ~ katod ist sinar elektron yg keluar dr katod dlm tiub vakum (digunakan dlm radar, televisyen dsb). ~ kosmos ist sinar dr ruang angkasa yg bertenaga tinggi. bersinar mengeluarkan sinar; memancarkan cahaya dll: Matahari ~ menerangi alam. bersinar-sinar me­ngeluarkan cahaya atau sinar yg gilang-gemilang; memancar-mancar cahayanya: Tiba-tiba terlihat oleh baginda cahaya hijau ~. menyinari memancarkan cahaya atau sinar pd; menerangi: Matahari ~ bumi. menyinarkan memancarkan atau meng­hamburkan si­nar: Dia melihat matahari terbit ~ cahaya yg gilang-gemilang, menerangi seluruh alam. penyinaran perihal, proses dsb menyinari atau menyinarkan. penyi­nar orang yg memberikan harapan atau semangat, atau yg mendatangkan keceriaan kpd seseorang atau sesuatu pihak: Anak gadisnyalah yg menjadi ~ hidupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak tengok produk yang boleh tolong dapatkan kulit yang lebih flawless? Boleh tengok di channel Telegram My Skincare Guide ini.

Leave a Comment