Categories
Perkataan

Maksud singkat

singkat dalam bahasa Inggeris: short

Maksud perkataan ini:

[sing.kat] | سيڠکت

Definisi : 1. tidak panjang (waktu, umur, dll), pendek: kunjungannya sangat ~; kain pen­dek, tarik ke atas ~, tarik ke bawah senteng; 2. ringkas (berita, cerita, percakapan, dll): “Besok aku ke mari lagi,” katanya ~, lalu melangkah hendak pergi; 3. ki picik atau cetek (fikiran dll): orang-orang yg ~ pemi­kirannya dan yg sangat tamak terlalu ramai; ~ akal (faham, fikiran) tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik; ~ bayang alamat tidak panjang umur; ~ kata = ~nya pendek kata, pendeknya; ~ pengetahuan lekas mati; ~ sungu Mn (orang yg) pemarah; ~ tangan orang yg kedekut (kikir); ~ umur (usia) tidak panjang umurnya, lekas mati; ~ diulas, panjang dikerat prb yg kurang hendaklah ditambah sedangkan yg lebih hendaklah dikurangkan; ~ tidak terulas, panjang tidak terkerat prb tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati; senteng dibilai, ~ diulas prb yg kurang ditambah dan yg pendek disambung; menyingkatkan 1. menjadikan singkat (pen­dek dll), memendekkan (waktu dll): kerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan saya itu; 2. meringkaskan (karangan dll), mengikhtisarkan; mempersingkat menjadikan lebih singkat; singkatan, kesingkatan sesuatu yg di­singkatkan, kependekan, ringkasan: ~ spt pakdr bapak, bu dr ibu, merupakan gejala umum dlm pemakaian bahasa; penyingkatan perihal menyingkatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *