Categories
Perkataan

Maksud singkir

singkir dalam bahasa Inggeris: remove it

Maksud perkataan ini:

[sing.kir] | سيڠکير

Definisi : ; menyingkir 1 tidak mahu mendekati; pergi ke tepi; mengelak; menepi: Baik kita ~, biar dia lalu. 2 pergi ke tempat jauh yg lebih aman; menye­lamatkan diri ke tempat yg lebih aman: Beribu-ribu orang pelarian Palestin telah ~ ke Jordan. menyingkiri menjauhkan diri dr; menghindari. menyingkirkan 1 menjauhkan sesuatu dr; mengetepikan; menghindarkan: Mereka setuju ~ segala perselisihan an­tara mereka. 2 menye­lamatkan sesuatu dgn membawanya ke tempat lain; mengasingkan; memindahkan: Mereka telah ~ anak-anak dan isteri mereka ke kota. ~ diri menjauhkan diri. 3 melucuti seseorang drpd jawatannya atau drpd sesuatu badan: Presiden yg baru itu telah ~ lima orang pegawai kanan tentera. tersingkir (telah) disingkirkan. pe­nyingkiran perbuatan, hal dsb me­nyingkir, me­nyingkiri atau menyingkirkan: Mereka membantah ~ pelajar tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *