Maksud suci

suci dalam bahasa Inggeris: holy

Maksud perkataan ini:

[su.ci] | سوچيDefinisi : 1. bersih (dr segi agama): makanan yg ~; 2. tidak berdosa, tidak bernoda, kudus, nirmala, soleh: orang yg ~; 3. bersifat ke­agamaan (ketuhanan): ayat ~; Kitab S~; Tanah S~ Mekah; 4. bersih drpd sebarang kejahatan atau keburukan (niat, perasaan, dll), murni: Tuhan hendak menyampaikan hajat hamba-Nya yg berniat ~ itu; hati yg ~; 5. bersih atau bebas (drpd kotoran dll): wajib baginya menggantikan kembali puasa yg tertinggal itu apabila ~ drpd haid; 6. sl tidak kotor (semak), bersih; bersuci 1. membersihkan diri sebelum mengerjakan sembahyang, wuduk; 2. membersihkan diri (drpd kekotoran): ~ drpd najis; 3. hidup suci; 4. bp berkhatan, bersunat; menyucikan 1. membersihkan diri (dr segi agama); 2. sl membersihkan diri drpd ke­kotoran (semak samun dll): maka Bendahara dan Laksamana pun menyuruh orang pergi ~ tanah itu; 3. membersihkan drpd segala yg keji (hati, fikiran, perasaan), memurnikan, me­nguduskan: hari ini orang meluhurkan jiwa, ~ hati selepas melalui percubaan Tuhan; 4. menganggap suci (mulia): ada orang yg ~ anjing; kesucian perihal suci; persucian perihal bersuci; penyucian perihal menyucikan, pember­sihan; penyuci sesuatu yg digunakan ketika bersuci atau utk menyucikan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Untuk wanita yang inginkan panties selesa... boleh tengok Eyma Wear hari ini. Super selesa. Free size. Sesuai untuk yang berat 40kg - 70kg. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment