Maksud tabur

tabur dalam bahasa Inggeris: sow

Maksud perkataan ini:

[ta.bur] | تابورDefinisi : ; bertabur 1 = ~ (dgn) dihamburi dgn: Bilik tidurnya ~ dgn bunga rampai. 2 banyak terdapat atau banyak kelihatan: Langit ~ bintang. bertaburan, ber­tabur-tabur bersepah merata-rata; berhamburan ke sana sini; berserak-serak; berselerak: Buku dan kad selamat hari raya ~ di dlm biliknya. menabur 1 membuat jadi bertabur; membuang ke serata tempat supaya bertabur: ~ benih padi di semaian; ~ bunga di perkuburan. 2 ki menyiarkan pendapat dll; menyebarkan cerita dll: Janganlah kamu ~ cerita yg belum tentu benarnya itu. menaburi menghamburkan se­suatu pd; menabur pd: Mereka telah ~ peti jenazah itu bunga mawar dan bunga melati. menaburkan menabur sesuatu utk. taburan 1 sesuatu yg bertabur atau yg ditabur. 2 serakan; sebaran. penaburan perbuatan (hal, cara dll) menabur atau menaburi. penabur 1 orang yg menabur. 2 alat yg digunakan utk menabur (benih dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *