Maksud takung

takung dalam bahasa Inggeris: takung

Maksud perkataan ini:

[ta.kung] | تاکوڠDefinisi : bekas air (makanan ayam, susu getah, dll), bak, bejana: ~ yg berisi air; bertakung tidak mengalir, tergenang, ter­sekat: segala tempat air ~ hendaklah di­tambak; menakung 1. membiarkan mengendap (minyak dsb), membeningkan atau meng­hening­kan sesuatu (dgn membiarkan tahinya, keladaknya, mendap): ~ minyak kelapa; 2. menyekat atau mengempang air dsb (supaya banyak terkumpul), menampung: air ini ditakung utk air minum penduduk; 3. mena­dah, menampung (air hujan dsb): aku takung air malam ini; tertakung 1. tidak mengalir (air, minyak, dsb), tersekat, terhenti: di sini, air ini ~; 2. sudah diendapkan, terendap; takungan 1. = penakung bekas utk mena­kung sesuatu, takung, bejana; ~ ais bekas yg berpetak-petak dsb yg diisi air utk dijadikan (dibuat) ais; 2. tempat utk menakung sesuatu, kolam; penakungan perbuatan (kerja dsb) menakung (air, minyak, dsb), penadahan, penampungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *