Maksud tambang

tambang dalam bahasa Inggeris: fare

Maksud perkataan ini:

[tam.bang] | تامبڠDefinisi : 1. = wang ~ = harga ~ bayaran utk membawa barang-barang dll dgn kende­raan, sewa kerana menaiki kenderaan, sewaan: ke­­pulangannya itu adalah utk menerima wang drpd datuknya utk dibuat ~ belayar ke Mekah; 2. yg disewakan (kereta dll), yg mem­bawa penumpang (mengangkut barang-barang), sewaan: kereta ~; perahu ~; sampan ~; 3. pe­num­pang atau muatan kenderaan dgn mem­bayar sewa; ~ malam Pl tidak bertangguh (berlengah-lengah) lagi; menambang 1. menaiki kereta (sampan dll) tambang: maka ~lah saya bersama-sama Grandpre pergi ke Kampung Laut; 2. meng­angkut penumpang(muatan) dgn kereta (sampan dll) tambang; 3. bekerja sbg pembawa kereta (sampan dll) tambang; menambangkan menyewakan kereta dll; tambangan 1. perahu (sampan) tambang; 2. pangkalan tempat penumpang menyebe­rang dgn perahu (sampan) tambang; 3. wang tambang; penambangan perihal menambang (me­nam­bangkan); penambang orang yg mengangkut penum­pang dgn perahu tambang; perahu ~ perahu tambang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment