Maksud tampan

tampan dalam bahasa Inggeris: handsome

Maksud perkataan ini:

[tam.pan] | تمڤنDefinisi : 1. elok (rupa, sikap, dll), cantik, kacak, segak: dlm pakaian hitam sepasang itu dia sungguh-sungguh kelihatan ~; po­tong­­an badannya cukup ~; 2. cakap, cocok, layak, pantas, patut: beliau ~ menjadi tentera; 3. = ~ rupa sikap badan, tokoh (perawa­kan): pegawai tentera itu tidak mempunyai ~ se­orang perwira; 4. = ~ muka air muka, roman muka, rupa: bagaimanakah rupanya dan ~nya dan tinggi besarnya dan pakaiannya? 5. sesuai benar, kena benar, padan: tiada ~ ia berlakon sbg ibu; 6. corak, jenis, tokoh (utk menghina): bukan ~ dia yg berhak mengaku ibu dr seorang peguam; 7. = tampannya, tampan-tampannya rupanya, gayanya, gela­gat­nya, nampaknya: ~ akan binasa; ~ sudah, langgam terbawa prb tiada bercela sedikit pun (orang, binatang, barang); tampan-tampan; ~ orang a) rupa-rupanya spt orang; b) ki orang yg tidak boleh diper­cayai; menampan 1. mengambil sikap yg dibuat-buat, bersikap yg dibuat-buat; 2. mencuba-cuba (pakaian dll); 3. mengelokkan diri (rumah dll), mengatur diri; ketampanan perihal tampan, kecantikan, keelokan, kegagahan: ~nya menarik hati gadis itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak tengok produk yang boleh tolong dapatkan kulit yang lebih flawless? Boleh tengok di channel Telegram My Skincare Guide ini.

Leave a Comment