Maksud tanah

tanah dalam bahasa Inggeris: land

Maksud perkataan ini:

[ta.nah] | تانهDefinisi : 1 lapisan bumi yg di atas sekali (tempat orang mendirikan rumah, bercucuk tanam dll): Beliau telah membeli sebidang ~ seluas lima ekar di Sabak Bernam. 2 kawasan bumi yg bersempadan, yg diperintah oleh sebuah kerajaan atau yg diduduki oleh sesuatu bangsa: ~ Melayu; ~ Jawa. 3 warna dasar pd kain dll. ~ datar (pamah) tanah yg rata. ~ gambut tanah lembut yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg reput. ~ gembur tanah yg subur yg terdiri drpd campuran pasir, tanah liat dan bahan organik yg reput. ~ jajahan negeri (negara) yg dijajah oleh negara asing. ~ liat tanah yg lekat apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan (biasanya digunakan utk membuat bata dll). ~ merah tanah liat yg di dlmnya terdapat zat besi dan biasanya digunakan utk membuat jalan. ~ pusaka tanah yg diwarisi turun-temurun. ~ rizab tanah simpanan atau tanah yg dikhaskan utk sesuatu tujuan atau utk sesuatu golongan. ~-tanih segala macam tanah. ~ tumpah darah tempat seseorang dilahirkan. ~ usang tanah yg tidak subur lagi. ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan orang ramai. bertanah mempunyai tanah; memiliki tanah: Orang-orang yg tidak ~ hendaklah diberi tanah hutan yg baru dibuka supaya mereka dpt bercucuk tanam, berkebun dan berladang. pertanahan hal-hal mengenai tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment