Maksud tangan

tangan dalam bahasa Inggeris: hands

Maksud perkataan ini:

[ta.ngan] | تاڠنDefinisi : 1 bahagian anggota tubuh dr siku sampai ke hujung jari; bahagian anggota tubuh dr pergelangan tangan sampai ke hujung jari. 2 ki sesuatu yg rupanya spt tangan 1 atau yg digunakan spt tangan 1: ~ baju bahagian baju yg menutupi tangan; lengan baju; ~ kemudi tangkai atau pemegang kemudi. 3 ki kuasa; pemerintahan: Pihak Inggeris berusaha merebut Melaka drpd ~ Belanda. ~ kanan a. tangan yg di sebelah kanan. b. pembantu (penolong) yg utama. ~ kosong tidak membawa atau tidak mendapat apa-apa. ~ terbuka a. suka menolong orang yg mendapat kesusahan. b. = dgn ~ terbuka dgn suka hati menerima sesuatu. tangan-tangan 1 tempat berpegang pd tangga dll. 2 palang pd neraca dll. menangani 1 membuat atau mengusahakan se­suatu. 2 memukul orang dgn tangan. penanganan perbuatan atau perihal menangani: ~ projek itu dilakukan dgn cermat dan hati-hati. penangan 1 pukulan dgn tangan. 2 ki akibat atau kesan drpd sesuatu perbuatan: Biar dirasa ~nya disebabkan sifat degilnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment