Categories
Perkataan

Maksud tangkap

tangkap dalam bahasa Inggeris: catch

Maksud perkataan ini:

[tang.kap] | تڠکڤDefinisi : ; ~ angin (wap) bp tidak mendapat apa-apa yg dihajati; tidak berhasil. ~ gambar bp mengambil gambar. ~ muat bp mengambil mana-mana yg ada (sempat) sahaja. menangkap 1 memegang sesuatu dgn tangan atau dgn alat; memegang sesuatu yg bergerak atau yg lepas: Di situlah tempat mereka memasang perang­kap utk ~ harimau. Bapanya pergi ke laut utk ~ ikan. 2 menahan orang yg membuat kesalahan dll; menjadikan sbg orang tawanan; menawan: Mereka belum dpt ~ penyamun itu. 3 menyambut atau menadah sesuatu yg bergerak pantas atau yg dilemparkan: Dgn mudah saja penjaga gol itu ~ bola yg ditendang oleh sayap kanan pasukan lawannya. 4 mengambil atau memetik siaran radio dll. 5 menanggap atau menerima sesuatu dgn pancaindera, hati atau fikiran; mencerap: Dia mudah ~ apa-apa yg diajarkan oleh gurunya. menangkapi menangkap beberapa (banyak) kali atau banyak yg ditangkap: ~ orang jahat. menangkapkan menangkap sesuatu utk orang lain. tertangkap sudah ditangkap; tertawan; terkena jerat dll. tangkapan sesuatu yg ditangkap; hasil drpd menangkap; tawanan. penangkapan hal atau perbuatan menangkap. penangkap 1 orang yg menangkap: ~ ikan nelayan. 2 alat utk menangkap: ~ suara alat yg menerima suara dan menyiarkannya semula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *