Maksud tanya

tanya dalam bahasa Inggeris: ask

Maksud perkataan ini:

[ta.nya] | تاڽDefinisi : ; ~ jawab soal jawab (dlm majalah dll); temuramah (dgn orang-orang kenamaan dll). bertanya meminta supaya diberitahu ttg sesuatu perkara; meminta keterangan atau penjelasan ttg sesuatu: Kalau tidak tahu, baik ~. bertanya-tanya berulang-ulang atau berkali-kali bertanya: Ia ~ kalau-kalau ada orang yg tahu akan hal itu. menanyai bertanya kpd: Dia ~ kawannya ttg hal itu. menanyakan 1 bertanya ttg sesuatu; meminta keterangan ttg sesuatu: Dia pergi menemui doktor utk ~ nama penyakit itu. 2 meminta persetujuan seseorang perempuan utk dijadikan isteri; melamar; meminang: Dia menyuruh orang tuanya ~ gadis itu. mempertanyakan menimbulkan se­suatu yg ditanyakan; menjadikan sesuatu sbg bahan bertanya(-tanya); mempersoalkan: Kerana difikirkan ti­dak menjalankan tanggungjawab, orang ra­mai ~ peranan pihak berkuasa. tertanya-tanya 1 dlm keadaan bimbang (hairan dsb) dan seolah-olah bertanya-tanya dlm hati: Ia ~ apakah maksud mimpinya itu. 2 selalu bertanya; asyik bertanya: Anak kecil itu sentiasa ~ akan ibunya. pertanyaan 1 perbuatan atau hal bertanya: ~ gurunya itu menghairankannya. 2 sesuatu yg ditanyakan atau yg dipertanyakan: ~ yg sukar. penanya orang yg bertanya, menanyai atau menanyakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Untuk wanita yang inginkan panties selesa... boleh tengok Eyma Wear hari ini. Super selesa. Free size. Sesuai untuk yang berat 40kg - 70kg. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment