Maksud teduh

teduh dalam bahasa Inggeris: shade

Maksud perkataan ini:

[te.duh] | تدوهDefinisi : 1 sudah beransur kurang; reda (bkn hujan, ombak, ribut dsb): Mereka pun berbual-bual sambil menanti hujan ~. 2 terlindung drpd panas matahari; tidak kena panas matahari: Mereka berdiri di tempat ~ di bawah pokok yg rendang. 3 ki aman; tenang. berteduh 1 berlindung drpd panas matahari, hujan dsb; bernaung: Oleh sebab panas terlalu terik, dia pun ~ di bawah pohon beringin. 2 ki menumpang tinggal di rumah kawan dsb. meneduhkan 1 menjadikan teduh; menghentikan atau meredakan hujan, ribut dsb. 2 memberikan perlindungan drpd matahari, hujan dsb; membawa ke tempat teduh. keteduhan 1 keadaan teduh; keredaan; ketenangan. 2 tidak kena hujan, panas dsb; di tempat teduh. perteduhan tempat berteduh; (tempat) perlindungan. peneduhan perbuatan atau perihal meneduhkan. peneduh alat atau sesuatu yg me­neduhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Iklan 1: Cuba tengok sama ada tool ini boleh tolong anda buat iklan yang ramai orang membeli atau tidak.

Iklan 2: Nak belajar baca Al-Quran dengan cepat? Cuba tengok CepatQuran.net. Apps untuk belajar Al-Quran yang paling mudah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *