Maksud tegak

tegak dalam bahasa Inggeris: upright

Maksud perkataan ini:

[te.ga/] | تݢقDefinisi : 1 bangkit atau bangun dr tempat duduk dsb; berdiri: Dia pun ~ dr kerusi­nya. 2 lurus ke atas (bkn sikap badan, tiang dll): Dia berdiri ~. tegak-tegak (berdiri dll) lurus-lurus: Mereka disuruh berdiri ~. menegak menjadi tegak (lurus ke atas): Anak pokok yg baru akan tumbuh ~ dr mata tunas. menegakkan 1 meletakkan supaya berdiri tegak (bkn tiang dsb); mendirikan: ~ tiang. 2 mendirikan (rumah, persatuan dsb); membangunkan; menubuhkan. 3 menyebabkan atau menjadikan tegak: Cerita yg seram itu ~ bulu roma. 4 mengusahakan supaya menjadi kuat atau teguh: Mereka berjuang utk ~ keadilan. ketegakan keadaan tegak. penegakan perbuatan, hal dsb menegak atau menegakkan. penegak sesuatu yg menegakkan atau yg mendirikan; sokong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment