Maksud tegang

tegang dalam bahasa Inggeris: tense

Maksud perkataan ini:

[te.gang] | تݢڠDefinisi : 1 tidak kendur (bkn tali yg di­regangkan dsb); sering; cekang: Wayar telefon kelihatan kendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk. 2 keras dan liat (bkn urat, otot dsb): Kita hendaklah selalu bersenam supaya segala urat dan otot menjadi ~. 3 ki tidak erat atau tidak karib (bkn persahabatan dsb); genting: Perhubungan antara kedua-dua negara itu semakin ~. bertegang; ~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah; berdegil. menegang menjadi tegang. menegangkan 1 menarik tali dsb supaya tegang; meregangkan. 2 ki menjadikan tidak erat; menjadikan genting; meruncingkan (persahabatan dsb). mempertegang menjadikan lebih tegang (tali persahabatan dsb). tegangan 1 ist daya gerak elektrik atau voltan: wayar ~ tinggi. 2 sesuatu yg tegang. ketegangan keadaan atau hal tegang. penegangan per­buatan, perihal dsb menegang atau menegangkan. penegang alat, bahan dsb yg menegangkan: ~ kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *