Maksud tentang

tentang dalam bahasa Inggeris: about

Maksud perkataan ini:

[ten.tang] | تنتڠ

Definisi : 1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah …, berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg ter­gantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; 2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. = tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal …, perkara …: kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7. akan …, dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ pen-jelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas): rumah dia ~ benar dgn rumah saya; bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak ~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke), menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandang-pandangan; b) bertemu muka; bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, ke­dudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. ber­lawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menam­pik, mendaga, menolak (cadangan dll), me­nyang­gah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperi­kemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-per­atur­an bekerja ini akan didera; 6. meng­hadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa; menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksa­mana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; mempertentangkan menjadikan berten­tangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), ter­lihat, terpandang; 2. dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat (dipan-dang); b) = tidak ~ muka tidak berani ber-hadapan muka; tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg diper­taruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumah­kulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberi-kan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, pe­nam­pilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;pertentangan 1. perihal bertentang, per­lawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; penentangan perihal (tindakan dsb) menen-tang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~; penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Makna.online perlu bantuan anda. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Join Telegram Makna.online hari ini!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *