Maksud tepat

tepat dalam bahasa Inggeris: right

Maksud perkataan ini:

[te.pat] | تڤتDefinisi : 1 lurus arahnya atau lurus tujuan­nya: Matahari ~ di atas kepala. 2 betul-betul pd waktunya: ~ pd pukul sepuluh malam, kereta api itu pun berlepas dr Kuala Lumpur. 3 betul-betul pd matlamatnya atau pd sasarannya: Tembakan itu ~ mengenai sasarannya. 4 betul jawapannya, dugaannya dsb: Jawapannya itu tidak ~. Ramalannya ~. 5 betul-betul 90 darjah (ttg sudut dsb): sudut ~. bertepatan 1 bersamaan dgn waktunya: Pd tahun itu, Hari Raya Puasa ~ dgn hari Tahun Baru Cina. 2 kena pd tempatnya; sama atau sesuai benar: Ucapannya ~ dgn isu-isu hangat yg sedang diperkatakan. menepati 1 berpegang teguh pd janji dsb; memenuhi janji dsb; menunaikan: Hutang mesti dibayar, janji mesti di­tepati. 2 kena tepat pd (sasaran dsb): Tikamannya ~ sasaran. menepatkan menjadikan tepat; mengarahkan tepat-tepat. ketepatan perihal atau keadaan tepat; kejituan. penepatan perbuatan atau hal menepati atau menepatkan. penepat sesuatu yg menjadikan tepat: sudut ~ sudut(-sudut) yg apabila di­campurkan berjumlah 90 darjah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment