Maksud tepi

tepi dalam bahasa Inggeris: edge

Maksud perkataan ini:

[te.pi] | تڤيDefinisi : 1 tempat atau kawasan yg letaknya di pinggir: Kami pergi berkelah di ~ pantai. 2 bahagian dr sesuatu yg di luar sekali; pinggir: ~ hutan; ~ jalan. 3 sempadan di antara satu dgn yg lain; batas: ~ langit sempadan di antara langit dgn air laut. bertepi ada tepinya atau mempunyai tepi: laut tidak ~. bertepikan mempunyai atau memakai sesuatu sbg tepi atau sbg birai: Lengan bajunya ~ renda berwarna merah. menepi 1 pergi ke tepi; meminggir: Ketika mereka lalu, kami semua ~. 2 berjalan atau belayar menuju tepi; menyusur di tepi sesuatu (spt pantai). tepian tempat mandi di tepi sungai; tempat yg di tepi sesuatu (sungai, laut dll). ke tepi (pergi) ke bahagian tepi; ke arah pinggir. mengetepikan 1 membawa atau menolak ke tepi: Apabila kami sampai, Adli sibuk ~ barang-barang permainan adiknya yg berselerak di tengah rumah. 2 ki tidak mementingkan; tidak mengutamakan; tidak mengendahkan: Mereka membincangkan perkara yg mus­tahak saja dan ~ perkara yg tidak penting. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *