Maksud terang

terang dalam bahasa Inggeris: bright

Maksud perkataan ini:

[te.rang] | ترڠ

Definisi : 1 cahaya atau sinar yg me­nyebabkan sesuatu dpt dilihat: Tidak sama ~ lampu 100 watt dgn ~ matahari. 2 tidak gelap; tidak suram atau tidak muram; cerah: Pd waktu malam pun, jalan raya di ibu kota ~ spt pd siang hari. 3 siang: Setelah hari ~, mereka pun meneruskan perjalanan mereka. 4 bersih kerana sudah ditebas atau ditebang: Kawasan rumahnya ~, kerana semak samun di sekelilingnya sudah ditebas. 5 dpt didengar atau dpt dilihat dgn nyata; jelas (ttg bunyi tembakan, suara orang bercakap dll): Kedengaran bunyi tembakan meriam dr rumah kami, kadang-kadang bunyi itu ~. 6 tidak meragukan lagi; sudah jelas atau sudah nyata (kesalahannya dll): Kesalahannya sudah ~, tidak meragukan lagi. ~ benderang terang sekali. ~ bulan a. cahaya dr bulan. b. tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan. ~ fikiran (hati) mudah memahami sesuatu yg diajarkan. ~ tanah waktu pagi ketika tanah mula kelihatan (± pukul 6.30 pagi). terang-terang tidak berselindung; nyata atau jelas (ttg perbuatan); ketara: Dgn ~, dia telah menipu kawannya itu. berterang-terang melakukan sesuatu secara terang-terang. menerangi menyinari hingga jadi terang; memberi terang: Sebuah lampu minyak ~ biliknya. mene­rangkan 1 membuat atau men­jadi­kan sesuatu terang: Ubat ini baik utk ~ mata yg kabur. 2 membersihkan kawasan drpd semak samun dll: Mereka ~ kawasan hutan itu utk dijadikan kawasan pertanian. 3 menceritakan su­paya terang atau supaya jelas; meng­huraikan; menjelaskan: Dia telah ~ bagaimana kemalangan itu berlaku. 4 memberitahukan sesuatu perkara; me­mak­lumkan: Perdana Menteri telah ~ tujuan Dasar Ekonomi Baru kpd para pelawat asing itu. 5 menunjukkan dgn bukti; membuktikan: Tidak ada bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah. keterangan 1 huraian utk menerangkan atau utk menjelaskan sesuatu perkara; pen­jelasan: Mendengar ~ itu, dia pun terdiam. 2 apa-apa yg menerangkan atau yg menjelaskan sesuatu; alasan: ~ yg diberikan oleh saksi itu tidak lengkap utk membuktikan bahawa yg dituduh betul-betul bersalah. penerangan hal atau perbuatan menerangkan sesuatu. penerang sesuatu yg menerangi atau yg menerangkan: ~ hati jampi dll yg dpt menerangkan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *