Maksud terung

terung dalam bahasa Inggeris: brinjal

Maksud perkataan ini:

[te.rung] | تروڠDefinisi : sj tumbuhan (pokok renek dan herba yg buahnya boleh dimakan); ~ asam sj terung, Solanum ferox; ~ bali sj terung, Solanum lyphopesicum; ~ belanda = ~ asam hutan = ~ kapal = ~ perat = ~ piat = ~ pusat = ~ puyuh sj terung, Solanum aculeatissimum; ~ biru = ~ cina = ~ hijau = ~ manis = ~ ungu sj terung, Solanum melongena; ~ hitam = ~ meranti sj terung, Solanum nigrum; ~ pipit sj terung, Solanum sarmentosum; ~ pipit putih = ~ raya wang = ~ rembang sj terung, Solanum torvum; laksana ~ bertunang ikan kering prb perihal dua benda yg sangat sesuai; tua-tua ~ asam prb orang tua yg tingkah lakunya spt orang muda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *