Maksud tiang

tiang dalam bahasa Inggeris: pillar

Maksud perkataan ini:

2°v´ | تياڠDefinisi : 1. kayu yg dipasang tegak utk menyo­kong sesuatu bahagian bangunan (spt lantai dll): kesemua ~ rumah itu drpd kayu jati; 2. tonggak (drpd kayu, besi, dll) yg ditanam atau didirikan tegak utk kegunaan tertentu; ~ bendera tiang utk mengibarkan bendera; ~ telegraf (telefon) tiang utk digantungkan wayar telegraf (telefon); mengibarkan bendera setengah ~ menaikkan bendera ke takat separuh tiang (sbg alamat berdukacita atau berkabung); 3. kayu dll yg didirikan tegak dlm kapal utk memasang layar; 4. ki orang atau sesuatu yg menjadi unsur atau sumber kekuatan (kesempurnaan dll) sesuatu: pemuda harapan bangsa, pemudi ~ negara; ~ agama solat (dlm Islam); ~ agung tiang kapal yg terpenting; ~ balai badan penasihat yg terdiri drpd empat orang utk menasihati Undang di Negeri Sembilan; ~ beralas tiang rumah yg berasas (berlapik) batu; ~ gantung tiang yg tidak jejak ke tanah (utk menyam­bung bahagian tambahan rumah kpd rumah ibu); ~ gol satu drpd dua tiang yg dihubungkan dgn kayu palang utk matlamat tendangan bola; ~ guntung tiang perahu yg papak pd puncaknya; ~ kampung orang yg tertua dlm kampung; ~ negara orang dll yg menjadi sumber kekuatan negara; ~ seri (tengah, sendi rumah) tiang rumah yg mula-mula sekali didirikan (letaknya di tengah-tengah rumah); ~ topang tiang depan (perahu); ~ pandak hendak menyamai ~ panjang prb hendak meniru-niru orang kaya (orang besar-besar); bertiang mempunyai tiang, ada tiangnya; bertiangkan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg tiang, bertonggakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment