Maksud tolak
tolak dalam bahasa Inggeris: reject
Maksud perkataan ini:
[to.la/] | تولقDefinisi : ; kereta ~ kereta yg bergerak dgn disorong dr belakang. kira-kira ~ cara atau kaedah menghitung dgn mengurangkan sesuatu angka, jumlah dsb (spt 6-4=2; 3-1=2). ~ bala penangkal bencana (bahaya dll) dgn jampi, doa atau dgn mengadakan kenduri. ~ balik pergi balik. ~ bara batu pemberat (di perahu). ~ tepi bp tidak dipedulikan. bertolak pergi meninggalkan sesuatu tempat; berangkat; berlepas: Ia ~ dr rumah pd pukul 4.00 petang. menolak 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. tolakan 1 hasil drpd menolak; sorongan; dorongan. 2 sesuatu yg sudah ditolak. penolakan perbuatan atau hal menolak. penolak sesuatu yg menolak; alat utk menolak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
---
Biar Makna.online wujud tanpa iklan
Tolong Makna wujud tanpa sebarang iklan. Jika setiap pelawat Makna menderma RM1, laman web ini boleh hidup tanpa sebarang iklan. Klik sini untuk baca butirannya.
---