Maksud tumbuk

tumbuk dalam bahasa Inggeris: punch

Maksud perkataan ini:

Definisi : alat (spt alu, anak gobek) yg digunakan utk melantak sesuatu supaya hancur; penumbuk. ~ lada sj senjata tajam seakan-akan pisau atau badik. ~ rusuk perbuatan rasuah. ber­tumbuk 1 berkelahi dsb dgn meninju; bertinju: Budak dua beradik itu selalu ~. 2 dikupas atau dihancurkan dgn tumbuk; ditumbuk (tidak dikisar atau tidak digiling): Padi itu sudah ~. bertumbuk-tumbukan saling me­mukul dgn tinju; saling meninju: Kedua-dua ahli tinju itu ~. menumbuk 1 memukul dgn buku tangan atau dgn tinju; meninju: Beliau telah ~ pemuda itu sehingga rebah. 2 memukul atau menghentak dgn alu dll supaya hancur atau terkupas: ~ padi. menumbukkan 1 menumbuk utk: Dia ~ ibunya sambal belacan. 2 memukulkan buku tangan atau tinju pd. tertumbuk 1 sudah ditumbuk dgn alu dll. 2 terpukul dgn buku tangan atau dgn tinju. ~ akal (fikiran) sudah suntuk akal atau fikiran; tidak tahu apa yg hendak di­laku­kan. tumbukan 1 sesuatu yg di­tumbuk. 2 hasil menumbuk; pukulan dgn buku tangan: ~ tangan kirinya yg pantas itu telah menumbangkan lawan­­nya. pertumbukan perbuatan atau hal ber­tumbuk(-tumbukan).penumbukan perbuatan (hal dsb) menumbuk atau menumbukkan. penumbuk 1 alat utk menumbuk (padi dll); tumbuk. 2 orang yg menumbuk (padi dll). 3 kepalan tangan utk menumbuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment