Maksud tunai

tunai dalam bahasa Inggeris: cash

Maksud perkataan ini:

[tu.nai] | تونايDefinisi : 1. tidak bertangguh, tidak mengansur, tidak berhutang (bayaran dll), kontan; ~ runcit sejumlah wang yg disimpan di pejabat dsb, yg sedia digunakan utk beberapa perbelanjaan kecil apabila diperlukan; membayar ~ mem­bayar dgn wang pd ketika itu juga (tidak ber­hutang dll); wang ~ wang yg dapat digunakan dgn segera; 2. tidak bertangguh (dlm menger­jakan sesuatu), pd ketika itu juga: sahaja aku sembahyang fardu zuhur empat rakaat ~ kerana Allah taala; menunaikan 1. membayar dgn tunai (tidak mengansur atau berhutang), menjelaskan (dgn tunai), mengontan: ~ hutang; 2. mengerjakan tugas (kewajiban dll), melaksanakan (perintah dll), mengamalkan (ajaran dll): manusia wajib ~ apa yg diperintahkan oleh Allah dan menjauhkan apa yg dilarang-Nya; ~ rukun Islam mengerjakan rukun Islam; ~ tugas (kewajiban) menjalankan tugas (kewajiban); 3. memenuhi (janji, hajat, permintaan, dll): Yusof juga berucap pd majlis tersebut sbg ~ per­mintaan Pegawai Daerah; ~ ajaran (perin­tah, pesanan) mengerjakan ajaran (perin­tah, pesanan); ~ cita-cita berusaha men­capaikan cita-cita; 4. menukarkan sesuatu (cek, kiriman wang dsb) dgn wang tunai: kami tidak dapat ~ cek di bank pd hari itu disebabkan kerosakan sistem komputer; tertunai (sudah) ditunaikan, dilaksanakan, dikerjakan, dipenuhi (janji, kewajiban, dll); penunaian perihal menunaikan, pelaksana-an, pengamalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak tengok produk yang boleh tolong dapatkan kulit yang lebih flawless? Boleh tengok di channel Telegram My Skincare Guide ini.

Leave a Comment