Maksud ucap

ucap dalam bahasa Inggeris: say it

Apa manfaat scrub dengan coklat? Ada macam-macam. Klik sini untuk tahu lebih lanjut mengenainya.

Maksud perkataan ini:

[u.cap] | اوچڤDefinisi : apa-apa yg dilafazkan atau yg dituturkan; sebutan kata. berucap 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap. 2 bersyarah: Ia ~ dlm majlis itu selama 20 minit. mengucap menyebut atau melafazkan dua kalimah syahadat. mengucapkan 1 melafazkan atau menyebut kata-kata tertentu (spt doa, sumpah). 2 melahirkan atau menyatakan perasaan dgn kata-kata: Emaknya ~ syukur kpd Tuhan kerana telah selamat drpd bahaya itu. 3 melisankan atau melafazkan sesuatu (kata, huruf dll): Dia ~ kata-kata itu dgn kuat dan jelas. ucapan 1 apa-apa yg diucapkan. 2 cara menyebut sesuatu perkataan; sebutan. 3 syarahan; pidato: ~nya pendek tetapi berisi. 4 kata-kata yg menyatakan terima kasih atau yg menyatakan harapan supaya selamat dll. pengucapan perbuatan atau hal mengucapkan: ~ puisi. pengucap orang yg berucap atau yg mengucapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *