Maksud uji

uji dalam bahasa Inggeris: test

Maksud perkataan ini:

[u.ji] | اوجي

Definisi : percubaan
utk menentukan buruk baiknya (betul tidaknya, murni tidaknya, dll);
bahan ~ bahan kimia yg digunakan utk meng-uji; batu ~ sj batu yg
digunakan utk mengetahui mutu emas; tabung ~ sj alat atau bekas drpd
kaca yg digunakan dlm makmal (utk melaku-kan percubaan kimia dll); tahan
~ (akan) terbukti atau ternyata keasliannya (kebaikan-nya dll kalau
dicuba atau diperiksa), terjamin; beruji mengadakan percubaan utk
menentu-kan mana yg lebih baik (handal, kuat, dll), mengadu kekuatan
(kepandaian dll); menguji 1. memeriksa mutu emas dgn meng-gunakan batu
uji; 2. memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaannya yg sebenar
(kekuatan-nya, kebaikannya, dll): dia mengambil la­ding pusaka itu serta
~-uji ketajaman matanya dgn belakang kuku; dia benar-benar hendak ~
cakap saya; 3. menduga kepandaian (ke-cekapan, kecerdasan, dll),
memeriksa (supaya mengetahui sesuatu), menduga (perasaan sese-orang
dll): memberi­kan markah itu hanya berguna kalau guru hendak ~
kanak-kanak dlm sesuatu perkara; akhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan
para pembaca melalui liputan yg agak berani; diuji sama merah, ditahil
(dikati) sama berat prb sudah sepadan benar (suami isteri); teruji
(telah) diuji utk mengetahui kemampu-annya dsb: pemain-pemain muda yg
belum begitu ~; ujian 1. pemeriksaan utk mengetahui buruk baiknya
(keasliannya dll); 2. percubaan utk memeriksa (mengetahui, memastikan,
dsb) sesuatu hal dll (dlm bidang sains dll): membuat suatu ~ supaya gas
dapat dilihat; 3. peme-riksaan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan
dll), peperiksaan: apabila dia lulus dlm ~ yg berat itu, barulah dia
boleh mengharapkan apa yg dikehendakinya; 4. sesuatu yg dilaku-kan utk
mencuba atau menduga kesungguhan (kebenaran, kesetiaan, dll), cubaan: ~
kesetiaan; 5. yg digunakan utk atau ketika menguji; bahan ~ Id soalan
utk peperiksaan; batu ~ batu uji; keujian 1. Mn telah diketahui
(kejahatannya dll), kelihatan, ketahuan; sekali lancung ~, seumur hidup
orang tak percaya prb sekali ketahuan perangai yg tidak baik,
selama-lama-nya orang tidak percaya; 2. sl gagal dlm sesuatu ujian,
mendapat kekalahan dlm pertandingan dll: maka sangatlah sukacita baginda
men­dengarkan serta memuji-muji kepandaian dan kebijaksanaan ahli nujum
Pak Belalang itu, belum pernah ~ lagi, yakni tiada mendapat malu
olehnya; pengujian perihal menguji, pemeriksaan; penguji 1. orang yg
menguji, pemeriksa; 2. alat utk menguji; 3. sesuatu yg menguji: hijrah
adalah ~ iman yg sebenar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *