Maksud ukur

ukur dalam bahasa Inggeris: measure

Maksud perkataan ini:

[u.kur] | اوکورDefinisi : (pd kata majmuk bererti) alat yg digunakan utk menyukat sesuatu: ilmu ~ ilmu ttg cara atau kaedah menyukat luas (lebar dsb) tanah, kawasan dll. ~ celup alat utk menyukat banyak tidaknya sesuatu cecair (dgn mencelupkannya ke dlm cecair tsb). ~ lilit sukatan lilit sesuatu rajah. mengukur 1 mencari luas (lebar, besar dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu; menyukat. 2 menilai dgn membandingkannya dgn yg lain; memeriksa dan menentukan keadaan: Engkau jangan ~ kekayaanku dgn kekayaan datukmu. ~ jalan ki berjalan ke hulu ke hilir di jalan raya tanpa tujuan tertentu. ukuran 1 hasil mengukur; sukatan: ~nya tidak tepat. 2 satuan yg digunakan utk mengukur (spt meter, kaki, jengkal); sukatan. 3 panjangnya (lebarnya dll) sesuatu benda; saiz. berukuran mempunyai ukuran. pengukuran perbuatan atau hal mengukur. pengukur 1 orang yg kerjanya mengukur; tukang sukat. 2 alat (spt kayu pembaris) yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment