Maksud ulang

ulang dalam bahasa Inggeris: repeat

Maksud perkataan ini:

Definisi : balik pula, kembali dr permulaan, kembali semula;
cetak ~ cetak kembali, cetak sekali lagi; ~-aling a) bolak-balik,
mundar-mandir, ulang-alik; b) tidak tetap letaknya (perahu dipukul
gelombang dll), terumbang-ambing; ~ bicara pembicaraan yg diadakan
sekali lagi (di mahkamah yg lain); ~ tahun a) hari jadi (lahir); b) hari
perayaan (tiap-tiap tahun) utk menyam-but kemerdekaan negara (sesuatu
peristiwa penting); seulang sekali (lagi); ~ tayang tayangan atau
pertunjukan (filem di TV dsb) yg diulang; ulang-ulang sj hiasan sanggul
(drpd rangkaian bunga); berulang 1. kembali (ke), pulang (ke): kami
selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll
sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi;
~ kali kerap kali, berkali-kali; ~ kata selalu mengatakan apa-apa yg
telah dikatakan; ~ kembali berlaku (terjadi dll) lagi; ~ tahun merayakan
hari ulang tahun; berulang-ulang 1. selalu pergi balik (ulang-alik,
mundar-mandir): sahaya ~ ke rumahnya meminta wang itu; 2. kerapkali atau
berkali-kali melakukan sesuatu, beberapa kali: lagu yg baru dipelajari
hendaklah dimainkan ~ supaya kanak-kanak betul-betul tahu akan lagu itu;
mengulang 1. melakukan sesuatu sekali lagi, berbuat lagi (apa yg telah
dilakukan): yg salah dihukum supaya ia tidak akan ~ kesalahan-nya; 2.
mempelajari kembali apa-apa yg telah diajarkan, menghafal pelajaran:
tolong perhati-kan supaya anak-anak ~ pelajaran mereka di rumah; 3.
pergi mendapatkan, mendatangi: terpaksalah datuk ~ isterinya yg baru itu
bebe-rapa kali dlm seminggu; ~ jejak a) kembali melakukan apa-apa yg
telah dilakukan dahulu, berbalik mengerjakan yg dahulu-dahulu; b)
berbalik kpd isterinya yg dahulu, rujuk kembali; ~ tayang menayang-kan
(filem di TV dsb) buat kali kedua (ketiga dsb); mengulangi 1. =
mengulang-ulang, meng­­­ulang-ulangi selalu benar melakukan (sesua­tu),
kerap kali mengulang: dia ~ pertanya­an­nya yg masih belum berjawab; 2. =
meng­ulang-ulangi selalu pergi ke (utk menengok, men­ziarah, dll),
kerap kali mendatangi: sejak dia menanam tebu, pegawai-pegawai
per­ta­nian selalu ~ ladang-nya; 3. mempelajari kem­bali (apa-apa yg
telah diajarkan), menghafal kembali (pelajaran): setelah makan malam,
aku duduk di meja kerja ~ pelajaran sekolah; terulang sudah diulang(i),
kembali (terjadi) lagi; ulangan 1. sesuatu yg dilakukan lagi, sesuatu yg
berlaku berkali-kali, sesuatu yg diulang (diulangi): dlm bait syair
ini, penyair mem- buat permainan suara yg berupa ~ suara ‘ut’; 2. Id sj
ujian utk mengetahui sejauh mana murid-murid dapat mengikuti pelajaran
yg sudah-sudah; ~ umum ujian bkn semua mata pelajaran; 3. perbuatan
datang lagi kpd, perbuatan mengulangi: dia terus-menerus juga mengulangi
gadis itu dan setiap ~nya mendapat sambutan yg memuaskan; 4. yg
diulangi, yg dilakukan (disiarkan dll) utk kali keduanya dan seterusnya:
latihan ~; siaran ~ Puspawarna; keberulangan keadaan berulang;
perulangan 1. perihal berulang (berulang-ulang); 2. (sesuatu) yg
berulang atau diulang-ulangi: satu contoh ialah penggunaan ~;
pengulangan perihal (perbuatan dsb) meng-ulang (mengulangi): ada satu
lagi jenis kata ulang iaitu kata-kata yg dlm ~nya meng-alami pergantian
bunyi vokal atau bunyi konsonan; ~ kesalahan demikian tidak dapat
dibiarkan begitu saja; pengulang 1. orang yg mengulang (meng­ulangi); 2.
Id orang yg membantu memberi pelajaran kpd mahasiswa di luar kuliah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *