Maksud ular

0 20

ular dalam bahasa Inggeris: snake

Maksud perkataan ini:

Definisi : sj binatang menjalar yg tidak berkaki dan kulitnya
bersisik (ada yg berbisa dan ada yg tidak); ~ belerang sj ular laut yg
berbisa, Pelamis plat-urus; ~ cincin emas sj ular, Boiga dendrophila; ~
cindai sl sj ular; ~ kapak bakau sj ular, Trimeresurus
purpureomaculatus; ~ katam tebu sj ular, Bungarus fasciatus; ~ kepala
aruan sj ular, Xenopeltis unicolor; ~ kepala dua a) sj ular,
Cylindrophis rufus; b) ki orang yg munafik; ~ lidi = ~ tambang sj ular
yg kecil dan berbisa, Ahaetulla ahaetulla; ~ matahari sj ular, Mati-cora
intestinalis; ~ minum = ~ mengiang Mn = ~ danu Kd pelangi; ~ sawa sj
ular, Python reticulatus; ~ selimpat = ~ laut biasa sj ular, Enhydrina
schistosa; ~ sinar matahari = ~ matahari biru sj ular, Maticora
bivirgata; ~ tedung sj ular, Naja naja; ~ tedung abu (selar) sj ular,
Ophiophagus hannah; ~ bukan, ikan pun bukan prb seseorang yg tidak dapat
ditentukan jahat atau baiknya; ~ kepala dua = sekerat ~ sekerat belut
prb orang yg tidak teguh memegang kata-katanya (selalu berubah-ubah
pendirian dsb), orang yg munafik; ~ dipukul jangan mati, kayu pemukul
jangan patah, tanah dipala jangan lembang = spt memalu ~ dlm benih, ~
jangan mati, benih jangan rosak prb menyelesaikan sesuatu perkara
(menghukum atau memperdamaikan orang) hendaklah dgn seadil-adilnya;
bagai ~ dgn legundi prb perihal seseorang muda yg sangat lekat hatinya
pd kekasihnya; bagai ~ dgn orang prb perihal dua orang bersaudara yg
tiada mahu berkenalan; biar ~ mati dan kayu tiada patah prb binasakanlah
musuh dgn tidak merosakkan diri sendiri; jika ~ menyusur akar, tiada
akan hilang bisanya prb orang besar dan mulia itu, tidak hilang
martabatnya jika dia merendahkan diri sekalipun; kerosok ~ si rumpun
bambu prb jangan takut akan ancaman orang; macam ~ kekenyangan prb
perihal seseorang yg buncit perutnya dan kerana itu jalannya tidak
betul; melangkahi ~ prb melakukan sesuatu yg sangat berbahaya; naga
ditelan ~ lidi prb anak orang bangsawan berkahwin dgn orang kebanyakan;
spt ~ kena palu = cengkeling bagai ~ dipukul prb a) geliang-geliut
kerana kesakitan dan marah; b) bengkang-bengkok tidak beraturan (spt
jalan atau jahitan yg tidak lurus); sudah tampak kaki ~ prb telah
diketahui tingkah laku sese-orang yg buruk (yg dahulunya tidak
diketahui); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave A Reply

Your email address will not be published.