Maksud undang

undang dalam bahasa Inggeris: law

Maksud perkataan ini:

Definisi : ; undang-undang 1. sesuatu peraturan atau keseluruhan
peraturan yg digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh
masyarakat yg berkenaan: dlm sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat
~ yg mesti diikut oleh setiap orang; 2. peraturan yg digubal utk
sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dll) oleh orang-orang
tertentu: tiap-tiap ahli hendaklah patuh kpd ~ persatuan ini; 3. Id
rumusan yg dibuat berdasarkan hukum alam (dlm ilmu sains dll), hukum: ~
Boyle; ~ Newton; ~ adat amalan yg diikuti turun-temurun di sesebuah
kawasan atau dlm sesuatu masya-rakat, yg diterima sbg undang-undang di
kawasan atau dlm masyarakat tersebut; U~ Anak Negeri undang-undang yg
berkaitan dgn peribumi di Sabah dan Sarawak mengikut konteks
Perlembagaan Persekutuan; ~ antara-bangsa undang-undang yg mengatur
per-hubungan antara negara; ~ awam undang-undang yg berlaku utk seluruh
rakyat (tidak berkaitan dgn jenayah); ~ darurat undang-undang yg
dikuatkuasakan dlm masa berlaku-nya keadaan darurat sahaja; ~ dasar Id
perlembagaan; ~ hukum pidana Id undang-undang yg menentukan hukuman utk
perbuatan jenayah; ~ jenayah undang-undang mengenai perbuatan jenayah
(spt bkn perbuatan me-rompak, membunuh, dll); ~ kecil undang-undang atau
peraturan yg dibuat oleh pihak berkuasa atau agensi pentadbiran, mis
pihak berkuasa tempatan, perbadanan dsb, yg diberi kuasa berkanun atau
kuasa undang-undang; ~ pentadbiran undang-undang yg berhubungan dgn
kuasa, kewajiban dan tatacara sesuatu agensi pentadbiran; ~ tubuh
peraturan dasar yg mesti dipatuhi oleh ahli sesuatu pertubuhan dll;
berundangan; pandai ~ Mn a) mengerti benar (memahami benar-benar)
tentang adat; b) pandai berbicara; mengundangkan 1. menjadikan sbg
undang-undang, menentukan atau menetapkan sesuatu berdasarkan
undang-undang; 2. mengumum-kan undang-undang kpd orang ramai,
menye-rantakan undang-undang; memperundangkan menjadikan sesuatu
undang-undang: segala hukum yg diper-undangkan oleh Allah ke atas
hambanya; undangan; majlis (dewan) ~ majlis (dewan) yg menggubal
undang-undang; perundangan 1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau
berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk
bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg
menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang,
keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg
lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan
dgn ~ Islam; perundang-undangan perundangan; pengundang-undang orang yg
menggubal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *