Maksud upah

upah dalam bahasa Inggeris: wages

Maksud perkataan ini:

[u.pah] | اوڤهDefinisi : wang dll yg diberikan kpd orang yg disuruh mengerjakan sesuatu, bayaran sbg pembalas jasa, ganjaran utk tenaga orang yg telah diguna-kan: aku diberi ~ seringgit utk mengangkat beg; ~ bidan upah yg diberikan kpd bidan; makan (mengambil) ~ a) bekerja dgn mendapat upah; b) menerima upah kerana mengerjakan sesuatu; c) ki menerima rasuah, makan suap; berupah (melakukan sesuatu) dgn mendapat upah, menerima upah, dgn upah: dia sendiri juga membawa makanan dan segala per-kakas itu dgn tiada ~; mengupah menyuruh membuat sesuatu pekerjaan dgn membayar upah, menyuruh bekerja dgn memberi upah: maka datanglah mereka itu ke rumah nenekku ~ menulis Quran; mengupahi membayar upah kpd: mereka telah diupahi membakar rumah itu; mengupahkan menyuruh orang mengerja-kan sesuatu dgn membayar upah: kpd siapa engkau upahkan menjahit baju engkau? upahan 1. = orang ~ orang yg bekerja dgn mendapat upah, orang gaji; 2. orang yg diupah; askar (tentera) ~ askar yg berkhidmat kerana upah; 3. upah; pengupah orang yg memberi upah: maka kuranglah ~ di dalam negeri itu dan jadi piciklah rezekinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *