Maksud urus

Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:

urus dalam bahasa Inggeris: manage

Maksud perkataan ini:

[u.rus] | اوروسDefinisi : ; berurus 1 berhubung dgn pihak-pihak tertentu utk menyelesaikan sesuatu perkara. 2 dijaga dgn baik; bersusun rapi: Rambutnya spt tidak ~. mengurus 1 menjaga baik-baik supaya selamat dll; mengatur; mengemas: Seseorang isteri harus tahu ~ rumah. 2 menyelenggarakan supaya berjalan dgn baik (bkn perniagaan, kerja dll): Abangnya yg tualah yg ~ perniagaan di kedai itu. terurus dpt atau sudah diurus; terpelihara; terselenggara dgn baik: Pakaiannya tidak ~. urusan 1 sesuatu yg diurus: Ia tidak dpt pergi ke majlis itu kerana ada ~ penting di tempat lain. 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. berurusan 1 mempunyai urusan (dgn); mempunyai hubungan dagang dsb (dgn): Setiap hari, dia ~ dgn penduduk-penduduk di situ. 2 mengerjakan (menjalankan, melakukan dsb) sesuatu: Hanya yg ~ saja yg dibenarkan masuk. 3 ada sesuatu perkara dsb yg harus diselesaikan: Dia balik ke kampung kerana ~ dgn kaum keluarganya. pengurusan perbuatan atau hal mengurus sesuatu (syarikat, badan perniagaan dll): ~ perniagaan kain itu dijalankan oleh anaknya sendiri. pengurus 1 orang yg mengurus: ~ syarikat itu bergaji RM3,000/- sebulan. 2 ketua atau pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Cara senang nak anak cepat belar membaca? Boleh tengok kelas membaca Minda Optima. Laju anak baca BM dan BI. Ada secara online dan secara fizikal.

Leave a Comment